Sunday, November 20, 2011

Ryan - cermelang dlm Peperiksaan Akhir Tahun 1

Alhamdullilah syukur kepada kehadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan keberkatannya - anak manja kami - Ryan mendapat keputusan yang cermelang dalam peperiksaan akhir tahun 1. Pada awal tahun Ryan mempunyai masalah yang besar dalam subjek Bahasa Malaysia terutama Bahagian Pemahaman.  Peperiksaan pertengahan semester 1, Ryan hanya mendapat 87% untuk Penulisan manakala 68% untuk Pemahaman. Pencapaian Ryan dalam subjek Bahasa Malaysia semakin meningkat atas usaha Ryan dan kami hanya membantu dalam beliau dalam subjek tersebut.  Pada peperiksaan akhir semester 1, Ryan telah mendaat 100% dalam Penulisan dan 85% untuk Pemahaman.  Akhirnya dalam peperksaan akhir tahun Ryan berjaya mendapat 98% untuk Penulisan dan 87% untuk Pemahaman.  Syabas anakku..

Ryan telah dapat mengekalkan 100% pencapaian dalam subjek Sains yang mana dalam peperiksaan semester 1 dan akhir tahun, Ryan masih mengekalkan prestasi yang sama sehingga dianugerahkan Pelajar terbaik dalam subjek Sains.

Bagi subjek Bahasa Inggeris, Ryan tiada masalah yang mana sentiasa mengekalkan prestasi yang tinggi iaitu pada akhir tahun, Ryan mendapat 98%.  Begitu juga dalam subjek Matematik, 97%.

Ryan juga mendapat A bagi subjek Seni Lukis dan Muzik, manakala bagi subjek Mandrin dia mendapat 81% dan Agama Islam 68%.

Dalam konsert akhir tahun dan Penyampaian hadiah, pada 17/11/2011 - Ryan telah dianugerahkan dengan 3 Anugerah - Award mendapat 5A dalam semua subjek teras [subjek UPSR], pelajar terbaik bagi subjek Sains dan Pelajar mendapat peningkatan terbaik bagi subjek Bahasa Malaysia Penulisan.

Bagi konsert - Ryan mengambil bahagian dalam persembahaan "Dancing in the Garden".   Syabas anak ku..

No comments: