Wednesday, June 11, 2008

Matun Latest Health Condition as at 10.30pm 11/6/2008

Dear Family Bloger

Semalam saya melawat Matun di Wad Kardiologi pada jam 7.00 pm 11/6/2008. Matun dah boleh berjalan dan semua tiub dan wayer di badannya telah ditanggalkan. Matun dah boleh bernafas dengan sendirinya. Semasa di Wad tersebut, Dr sedang/telah membuat satu saluran untuk mengambil darah dibahagian tangan kiri, dia kelihatan menggigil dan kesakitan selepas prosedur dilakukan. Matun memaklumkan tempat jarum yang digunakan untuk mencucuk tiub bahagian atas kanan bahagian dadanya amat sakit. Dr semasa memasukkan jarum yang disambungkan dengan wayer dan masih meninggalkan jarum tersebut sehingga diperlukan dan jarum tersebut dijahit bukannya diplaster ketubuhnya. Nampaknya semalam nurse telah mengeluarkan jarum tersebut dengan sedikit sinzure dilakukan dan jahitan semula dilakukan dan dapat dirasakan kesakitan dan kepedihannya sehingga menyebabkan air matanya jatuh keluar.

Matun juga mengatakan semasa jarum untuk dalysis sepanjang 6cm 2 batang dimasukkan dibahagian berhapiran atas pinggul berdekatan buah pinggang adalah amat-amat menyakitkan sehingga dia terpaksa memegang tangan Dr untuk menahan kesakitan tersebut. Jarum itu juga ditanggalkan dan dijahit untuk mengelakkan ia bergerak posisi.

Pada pukul 8.15pm 11/6/2008, beliau telah dipindahkan ke wad obsteterik (wad bersalin) memandangkan jantungnya telah stabil dan dirawat di bawah post natal patient. Diharapkan hari ini dia berkeupayaan dan dibenarkan untuk melawat baby Daniel buat pertama kali kerana jarak wadnya ke wad NCU hanya turun setingkat dibangunan yang sama.

Doa saya kepada Matun, Allah memberi penghidupan kedua, janganlah sia-siakan kehidupan baru anda. Saya amat berdoa semoga Matun menjadi lebih baik sebelumnya sebagai Ibu, Isteri, Anak dan Insan di sisi Allah SWT.

Tahniah Matun kerana berjaya melepasi halangan kesakitan dunia.

Sekian.

No comments: