Dear Family Bloger
Matun masih dalam ICU. Perkembangan terkini, sedang meneruskan dalysis kerana dalam paru-parunya bahagian bawah disebelah belakang masih lagi ada air. Kandungan air ini akan menyebabkan tekanan kepada jantung. Dr pastikan air dikeluarkan sepenuhnya sebelum boleh ditolak ke wad maternity.
Matun dah boleh makan 'solid food' melalui mulut. Semalam dia makan bubur untuk lunch [tak habis kerana tak sedap & tak ada selera] sebelah petang makan roti. Saluran oksigen dibuka ketika makan dan disambung semula sebaik saja habis makan.
Ubat juga diberi secara terus melalui mulut tidak melalui saluran seperti sebelumnya. Kaki dan tangan dah macam biasa kecuali kulit kakinya terlalu kering.
Selepas keluar wad ICU dijangkakan Matun perlu melalui physiotraphy berjalan kerana dia tak berjalan hampir 20 haru sudah.
Anak Matun Baby Daniel [atau Ian] masih dikaurantinkan tapi antibiotik tak diberikan lagi. Semakin aktif dan pandai mencabut saluran susu dengan tangannya sendiri.
No comments:
Post a Comment