Friday, April 29, 2016

MENTADABUR AL-QURAN

22 Rejab 1437H
30 April 2016M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم

(Bahagian kedua)

Mentadabbur Al-Quran Cara Rasulullah SAW, Para Sahabat RA DAN Para Salafussoleh

Air mata Rasulullah SAW bercucuran (apabila mendengar ianya dibaca oleh Ibn Mas’ud) (Riwayat Ibn Mas’ud)

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّـهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٨٦)

“(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
(Yusuf: 86)

Umar al Khattab RA teresak-esak membaca ayat ini ketika menjadi imam pada satu solat subuh sehingga terdengar di saf yang terakhir masjid Nabawi.
(Riwayat Ibn Syaddad)

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ ﴿١٦٥)

“Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)”.
(Al A’raf: 165)

Ibn Abbas RA menangis di biliknya apabila membaca ayat ini.
(Riwayat Ikrimah)

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَن نَّجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاءً مَّحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ ۚ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ ﴿٢١)

“Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu”.
(Al Jatsiyah: 21)

Tamim ad Dari RA membaca satu ayat ini dalam solat-solatnya di sepanjang malam

وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّـهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٨)

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
(An Nahl: 18)

Imam Hasan al Basri rah. membaca ayat ini berulang-ulang sepanjang malam.

أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ ﴿٣٥)

“Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?”
(At Thur: 35)

Jubair bin Mut’im tawanan perang Badar masuk Islam apabila mendengar ayat ini dalam solat magrib Rasulullah SAW ketika menjadi imam.
(Riwayat Jubair bin Mut’im RA)

فَمَنَّ اللَّـهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ ﴿٢٧)

"Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka”.
(At Thur: 27)

Dibaca berulang-ulang oleh Saidatina Aisyah RA sepanjang pagi sambil menangis
(Riwayat Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar RA)

وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ۖ ذَٰلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ ﴿١٩)

Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
(Qaaf: 19)

(Bersambung esok bahagian ketiga)

Thursday, April 28, 2016

KES ANAK KAMBING MENYERUPAI MANUSIA

Kes anak kambing yang dilahirkan menyerupai manusia yang ditakdirkan Allah berlaku di Johor beberapa hari lepas. Saya suka kita kembali kepada pemahaman asas. Untuk persenyawaan berlaku memerlukan gamet (benih) dari haiwan jantan dan betina. Kambing adalah haiwan ruminan kecil yang mempunyai kromosom 60 (2n - Diploid). Manakala manusia pula mamalia yang mempunyai 46 kromosom (2n - Diploid). Dalam penghasilan gamet (benih) secara normal bilangan kromosom akan menjadi separuh (haploid - n) melalui satu proses pembahagian sel yang kita panggil meiosis. 

Dalam proses meiosis bilangan kromosom ini di separuh kan sebagai persediaan untuk percantuman dengan gamet haploid (n) pasangan nya supaya selepas persenyawaan zigot/embrio yang terbentuk bersedia sebagai diploid semula (n + n = 2n) dan berkembang sebagai anak yang normal. 

Nah, sekarang kita lihat seekor kambing mempunyai kromosom 2n = 60 dengaan mana gametnya (n) menjadi 30. Manakala manusia pula mempunyai kromosom 2n = 46 dengan gametnya (n) sebagai 23. Percantuman kedua dua gamet semasa persenyawaan (jika benar benar berlaku) akan menghasilkaan zigot yang punyai kromosom 53 (2n). Secara logik akal mana mana ahli genetik haiwan akan berpandangan komposisi 2n yang ber angka ganjil mustahil untuk berkembang dalam peraturan azali sistem pembiakan (not a viable zigot) dan paling nasib baik pun berkembang ke pembahagian sel ke 32 dan selepas itu zigot itu akan mati. Adalah mustahil untuk melepasi tahap pembahagian sel lengkap sehingga terbentuk janin dan apa lagi di lahirkan sebagai makhluk (seperti gambar yang tersebar beberapa hari lepas).

Allahu a'lam segala galanya adalah ketentuan yang Allah boleh putuskan dan saya sebagai seorang muslim tentu saja tidak menyangkal yang Allah tentukan. 

Secara peribadi saya beranggapan makhluk yang di lahirkan oleh kambing di dalam gambar tersebut adalah anak kambing yang mengalami malformasi (genetic defect) yang saya kira BUKAN kali pertama berlaku. Tentu telah ada kes kes sebegini yang terjadi di tempat tempat lain di pelusuk dunia ini.Cuma mungkin kita sahaja yang tidak tahu.

Saya masih berpegang kepada konsep asas genetik pembiakan yang meletakan tahap mustahil untuk terhasilnya kacukann hibrid manusia-ruminan walaupun melalui bantuan aplikasi bioteknologi pembiakan apalagi jika ianya berlaku secara tabi'e.

Allah jua yang lebih mengetahui.

Professor Dr. Shaharum Shamsuddin 
Pakar Biologi Molekul
Pusat Pengajian Sains Kesihatan
USM

Wednesday, April 27, 2016

WORK SMART

Ali and Habib are beggars. They beg in different areas of London.
Habib begs just as long as Ali does,  but only collects £2 to £3 every day.
Ali brings home a suitcase FULL of £10 notes, drives a Mercedes, lives in a mortgage-free house and has a lot of money to spend.
Habib says to Ali  'I work just as long and hard as you do but how is it that you bring home a suitcase full of £10 notes every day?'
Ali says, 'Look at your sign, what does it say'?
Habib's sign reads 'I have no work, a wife and 6 kids to support'.
Ali  says 'No wonder you only get £2- £3
Habib says... 'So what does your sign say'?
Ali shows Habib his sign....
It reads, 'I only need another £10 to move back to Pakistan '.����

SEKADAR JENAKA

ASMARA ORANG PENCEN

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

������jangan ketawa kuat na!

KEKAYAAN DI USIA TUA

KEKAYAAN DI USIA TUA

Rata-rata orang menjadi kaya apabila mencecah usia 50 tahun dan ke atas.
Mereka perolehi kekayaan dari pelbagai punca dan sumber semulajadi.

Antaranya:
1. Ada PERAK di rambutnya.
2. Ada EMAS di giginya.
3. Ada GAS di perutnya.
4. Ada KRISTAL di ginjalnya.
5. Ada MINYAK di darahnya.
6. Ada GULA di air kencingnya.
7. Ada KAPUR di tulangnya.
8. Ada INTAN di hempedunya.
9. Ada CINCIN di jantungnya.
10. Ada BATU di pundi kencingnya.

Namun mereka umumnya tidak sombong dan merendah diri. Ini dapat dilihat dari jalannya yg kian menunduk.

Kekayaan dan sifat yang diperolehi di usia tua ini merupakan suatu mesej dari Allah bahawa kehidupannya didunia hampir tamat dan peringatan untuk bersiap kehidupan akhirat yang kekal abadi...

Tuesday, April 26, 2016

SEKADAR INGATAN

Ada satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"

Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.

Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.

Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.

HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.

2 hal paling baik di atas kebaikan :
■ Sangka baik kepada Allah
■ Sangka baik kepada Hamba Allah

perbanyakkan selawat
ke atas Junjungan Mulia
Nabi Muhammad S.A.W"
[15:57, 26/02/2016] ‪+60 13-230 5709‬: Permohonan untuk kemasukan Intake april Institut profesional baitumal kursus HOMEGROWN telah dibuka! Ayuh untuk pelajar lepasan spm.
1. Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
2. Diploma Pengurusan zakat dan wakaf
3. Diploma muamalat
4. Diploma Pengurusan Industri Halal (baru)
Sila layari ipb.edu.my

METOFORA TENTANG KEHIDUPAN DAN BOLA

Renungan bersama.....

Ketika kita (suami isteri) masih muda dan memiliki anak² yg masih kecil, maka anak² menjadikan kita seperti BOLA BASKET �� yg selalu menjadi rebutan kerana ada sesuatu yang mereka ingin dapatkan dari kita.

Tetapi ketika kita menjadi tua, kita akan seperti BOLA TAMPAR yang dibuang ke sana ke mari, dari satu anak ke anak yang lain karena mereka anggap orang tuanya menyusahkan dan membatasi kebebasan mereka utk beraktiviti.

Dan ketika kita telah mjadi semakin tua, maka anak² memperlakukan kita seperti BOLA SEPAK ⚽ yg ditendang kesana kemari kerana semakin myusahkn & hanya dianggap beban.

Dan ketika kita sdh nyanyuk, anak² mperlakukn kita spt bola golf dibuang sejauh mungkin ⛳  dan mungkin berharap agar bola golf segera masuk lubang.

Ingatlah, sebagai anak2 yg memiliki orang tua, kitapun akan menjadi tua seperti mereka, dan apa yg kita telah tabur di dlm kehidupan, akan kita tuai hasilnya dikemudian hari.

Oleh sebab itu jadikanlah org tuamu seperti BOLA RUGBY ��meskipun berlumuran lumpur tetap dipeluk dan didekap dgn eratnya... Semangaat ya!!

Sayangi orang tua kita selama masih ada kesempatan ��������

SEKADAR JENAKA JE

Setelah nonton TV tentang kisah seorang Raja, seorang anak 7 tahun berkata :
"Mama, kalo aku sudah besar nanti aku juga mau punya istri 4 orang...!
seorang untuk yg masak makananku..
seorang untuk yg buatin minum..
seorang untuk yang 'nyuci & setrika bajuku...
seorang lagi untuk yang mandiin aku.….!!

Mamanya tersenyum dan berkata :
“Kalo begitu nanti siapa yg menemanimu tidur..?”
Setelah berpikir sejenak, sang anak berkata :
"aku tidurnya tetap dgn Mama...!!
Mamanya berlinang air mata karena bahagia.., disayang oleh anaknya...
“Kamu anak baik yang sayang mama...!!
"Lalu siapa yang tidur dengan keempat orang istrimu....?”
“Papa sajalah yang tidur sama mereka Ma...!!
Papanya berlinang air mata karena bahagia.. disayang oleh anaknya....!

Dan air mata papa semakin deras, karena dilempar selipar oleh si mama...

������hua-ha-ha...

Monday, April 25, 2016

KHUSYUK DALAM SOLAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم

Kewajipan khusyuk dalam solat

Allah Ta'ala berfirman:

( وأقم الصلاة لذكري ) [ طه : 14 ]

“Dan dirikanlah sembahyang itu kerana mengingatiku".
(Taahaa: 14)

Mematuhi perintah itu adalah wajib dan kelalaian dalam sembahyang bertentangan dengan maksud mengingati Allah. Bagaimana seseorang itu dikatakan mendirikan sembahyang untuk mengingati Tuhan, sedangkan ia lalai dan lena dalam sembahyangnya.

Allah berfirman lagi:

( ولا تكن من الغافلين ) [ الأعراف : 205 ]

“Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai".
(Al-A'raaf: 205)

( قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون ) [ المؤمنون : 1 ، 2 ]
"Sebenarnya telah menanglah orang-orang Mukminin yang berkhusyu’ dalam sembahyang mereka".
(Al-Mu’minun: 1-2)

Allah telah mengkategorikan khusyu’ dalam sembahyang itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang-orang yang lena dan lalai dalam sembahyangnya , bahawa mereka itu adalah berada paling bawah sekali dari tingkat-tingkat kemenangan dari kejayaan yang dimaksudkan dalam ertikata “al-Falah”.

Sabda Rasulullah SAW:

" إنما الصلاة تمسكن وتواضع وتضرع وتضع يديك تقول اللهم اللهم ، فمن لم يفعل فهي خداج "

“Sesungguhnya sembahyang itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa, dan anda mengangkat kedua belah tanganmu berkata: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka sembahyangnya tidak sempurna (kurang syarat-syaratnya)".
(Hadith Riwayat At-Tirmizi & Nasaie)

Sabda lain:

" من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر لم يزدد من الله إلا بعدا "

“Barangsiapa yang bersembahyang, padahal sembahyangnya itu tiada dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadaNya".
(Hadith Riwayat  At-Thabrani)

Diceritakan suatu peristiwa dari Muslim bin Yasar, bahawasanya pada suatu hari dia bersembahyang di Masjid Basrah, maka dengan tiba-tiba dinding masjid itu runtuh, sekalian orang-orang di pasar (yang berdekatan dengan masjid itu) merasa terkejut kerana kerasnya bunyi keruntuhan itu, akan tetapi Muslim yang sedang mengerjakan sembahyang itu tetap pada tempatnya, menoleh pun tidak. Sesudah sembahyang, apabila dilihatnya orang ramai mengucapkan selamat kepadanya, dia merasa hairan. Katanya: Saya tidak tahu atau rasa dinding itu runtuh.

Berkata Ibnu Abbas:

" ركعتان في تفكر خير من قيام ليلة والقلب ساه "

"Dua rakaat dalam tafakkur (mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala) lebih baik daripada beribadat sepanjang malam sedang hatinya lalai".

Justeru, Muhasabahlah solat mu...

PESANAN UNTUK IBU BAPA

Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Terima Kasih
#justSharing

JUST A JOKE

Golf Cart Trouble.......

One day on the golf course, a golfer accidentally overturned his golf cart.

A very attractive woman, who lived in a villa on the golf course, heard the noise, came out onto her balcony and called out to him, "Hey, are you okay"?

"I'm fine, thanks," he replied.

"You look  frazzled", the woman said,  "Come up to my villa for a drink and I will help you get the cart up afterwards."

"That's mighty nice of you," he answered, But I don't think my wife would like that."

"Oh, come on," the woman, a gorgeous brunette in a sexy bikini, insisted.  "I can see you've cut your head. It could be serious. Let me take care of that  right away.  I'm a nurse".

She was very persuasive....and he was weak.

"Well okay," he agreed, but added, "But my wife won't like it."

After she bandaged his wound, she gave him a most welcome whiskey.

They talked a little about golf and he discovered she was an avid golfer with a four handicap. When he confessed to a weakness in his putting, she gave him a
putting lesson holding him close and intimately as she did so.

Finally he confessed, "I feel a lot better now, but I had better get going. I know
my wife is going to be really upset with me being here with you."

"Don't be silly! the woman said with a smile, She won't know anything. By the way, where is she?"

"Under the cart," he replied.
��������

PERIBAHASA BAHARU

PERIBAHASA TERBARU.!!!
         
��   ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.
��   BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI
��   CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.
��   DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.
��   DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.
��   GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.
��   HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.
��   SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.
��   HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.
��   HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.
��   HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.
��   HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.
��   JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.
��   KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, NAK MAKAN ESOK KAIS ESOK JELAH
��   KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.
��   KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.
��   KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.
��   LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.
��   MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.
��   MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.
��   ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA.
��   PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.
��   PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.
��   SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.
��   SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.
��   SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.
��   SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.
��   SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN HILANG PENDAPATAN, YANG PALING SESAL CUKAI PENDAPATAN
��   TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA.
��   ALAH BISA, TAK ALAH HOSPITAL JAWABNYA.
��   ALAH MEMBELI, MEMBER YANG PAKAI.
��   CARIK-CARIK BULU AYAM, KESIAN AYAM.
��   KERA DI HUTAN DISUSUKAN, BAIK JADI KERA.
��   KERANA NILA SETITIK, HABIS ROSAK BAJU SEKOLAH.
��   KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BAIK PANCING KAT AKUARIUM JER.
��   HIDUNG TAK MANCUNG, TAIK HIDUNG BESEPAH.
��   SORONG PAPAN TARIK PAPAN, NAK BELI KE TAK PAPAN NI?
��   AIR DICINCANG, SAH DAH TAKDE KEJER LA TU.
��   PECAH KACA, MAK AKU MARAH.
��   KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG, SELAMATLAH SAGUNYA.
��   BAGAI ITIK PULANG PETANG. PULANG PAGI KER, TENGAHARI KER, TETAP ITIK JUGAK.
��   DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU HABIS KEWANGAN...��������

SAYA SAYANG IBU

Assalam semua...buat renungan utk semua...lebih2 lagi yg masih mempunyai ibu..................... Tajuk : Mak

Satu hari nanti ALLaH akan ambil mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau lepas ni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"
Ambil peluang terakhir ni..
Usap rambut mak... mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak..mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?
Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah..
Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..
Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..
Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan tahi aku..
Mak dukung aku..
mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita solat..
Hari ni kita buat solat  jenazah utk mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tak nak pikul?
Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut...
jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak..
Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar betul2 talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..
"Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku..
Dia sayang aku,
Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak..
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."
Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh JAGA adik beradik..
Jangan gaduh2..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita....didunia ini.Sedekahkan AlFatihah dan bacaan AlQuran SETIAP HARI sebagai GANTI pemberian wang dan makan minum mak HARIAN....����

Buat renungan semua

Sunday, April 24, 2016

HARIMAU BERIMAN

Alkisah seorang lelaki Islam ponteng solat Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dgn seekor harimau yg sedang lena tidur.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK!
Kedua-dua kakinya patah.

Harimau tadi terus menghambatnya, sedangkan dia sudah tidak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng solat Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yg mulia ini..
Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah harimau yg memburu aku, seekor harimau yg beriman .. tolong ya Allah! Aminnn..

Tiba-tiba guruh berdentum! ⚡��Harimau tersebut tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki itu.
Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yg beriman dan bersopan santun.
��Harimau itu mngeluarkan kopiah lalu duduk bersila Sambil menadah kedua-dua tgn nya ke langit ...
Harimau tersebut pun berdoa: "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! " ��������

Friday, April 15, 2016

SURAT UNTUK ANAK

Assalamualikum Anakanda,


Rindu kepada anakanda berbuak-buak dalam hati ini.  Ayahanda tahu mengapa anakanda begitu dingin dengan ayahanda, bonda dan adik anakanda. Dalam kehidupan ayahanda perlu mamainkan peranan sebagi pelindung, penjaga, guru displin, guru moral, guru agama, pemandu pelancong, mesen ATM.  Hidup tidak semsti mengikut hala dan tatacara anakanda sahaja.


Ayahanda percaya, dunia remaja kebanyakkannya mengikut hati bertindak sebelum berfikir 10 kali.  Bercakap tanpa faham perasaan menguris hati.  Diamanahkan sesuatu tanpa rasa ada orang yang terpaksa mengkorbankan kepentingan dan menghilirkan diri.  Hidup ini adalah perjuangan dan suatu perjalanan yang panjang yang mana kesudahannya tepat menanti apabila nafas ini berdegup berhenti dan menundukkan diri mengadap Illahi.


Tahulah anakanda, hidup perlu fokus dan membuat sesuatu pada tempatnya dan dituruti dengan proritinya. Malam untuk malam..siang untuk siangnya. Bekokok dan berkicau burung di luar..manusia perlu bangkit untuk sujud kepada Illahi..langkah diayun anakanda!!!!mencari ilmu untuk terus berbakti!!! hudup selalu diuji..persiapkan diri..hidup diuji lagi..persiapkan diri..dan diuji lagi...persiapkan diri....


Ayahanda meminta maaf jika anakanda terguris hati, salam salitulrahim......jangan merumitkan kehidupan yang mana..kehidupan ini memang telah sdia rumit ciptaan Azali.....assalamualikum anakanda..ayahanda mengudur diri..salam takzim jika warkah ini mengecilkan hati...

Kebangkitan politik Johor - copy & paste


Kebangkitan Politik Johor
574
Hasmi Hashim Hari ini, 4:00 petang Hari ini, 4:12 petang



ULASAN Nan diam lebih bahaya dari yang berkocak.

Di permukaan meski tampak tenang, arus bawah politik di Johor sesungguhnya sedang berpusar ligat. Johor bukan bangsa yang rela diam. Tidak pula rela tunduk diperbodoh dan diperkotak-katik.

Saya yakin, salahlah sesiapa yang menyangka hati orang Johor boleh dibeli, misalnya dengan rel besi kereta api laju yang akan merentas Johor dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Gelojak keresahan orang Johor dapat saya tanggap melalui luahan di banyak tempat. Selain kenyataan wujudnya percubaan menggantikan Menteri Besar, Khaled Nordin (gambar) seperti yang kita dengar kelmarin, saya juga membaca nada penentangan luar biasa kawan-kawan dan saudara mara Johor saya di status Facebook atau Twitter mereka.

Atas kesedaran wujudnya gelora di peringkat akar umbi Johor kala ini, maka perbincangan mengenainya harus dengan jujur. Kita harus berani berterus terang. Watak Johor mungkin seperti watak seorang Onn Jaafar, atau mungkin lebih tepat seperti yang dilakar Usman Awang, “kurang ajarnya tetap santun”. Selalu menikam dengan pantun.

Catatan sejarah selepas merdeka menunjukkan gelombang politik paling kuat membadai Johor adalah ketika krisis dalaman Umno di penghujung 1980-an. Krisis berkenaan membuatkan suasana tegang dan agak berkecamuk bilamana Johor merupakan negeri kelahiran Umno yang menjadikannya tiang seri parti itu.

Perpecahan Umno di peringkat pusat di antara Tim A dan Tim B juga berpanjangan ke kampung-kampung. Tim A pro Dr Mahathir Muhamad. Tim B pula menyokong Tunku Razaliegh Hamzah. Keluarga saya menyokong Dr Mahathir. Jiran saya menyokong Tengku Razaleigh.

Walaupun Tengku Razaleigh putera Kelantan, tetapi calon timbalannya adalah Musa Hitam. Musa merupakan tokoh yang dianggap tokoh terbaik Johor kala itu. Menjadi impian orang Johor, Musa suatu hari nanti menjadi perdana menteri. Harapan itu nampaknya hanya tinggal harapan.

Di bawah Musa ada orang-orangnya. Termasuk Shahrir Samad—anggota Parlimen Tanjung Puteri. Selepas dicabar kerana menang atas tiket Umno-BN dalam pilihan raya umum 1986, Shahrir meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen. Dia kemudiannya bertanding semula sebagai calon bebas dengan logo kunci tiga serangkai.

Shahrir menang. Dia mematahkan calon BN, Mas'ud Abdul Rahman. Majoritinya lebih 12,000. Turut bertanding adalah calon Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Razak Ahmad yang mengutip 2,260 undi. Kepada saya, Razak tak kurang karismatiknya meski sepanjang hayat politik Razak, nasib tidak pernah menyebelahi allahyarham.

Langkah Shahrir adalah permulaan bagi geng Tim B menjadikan Johor sebagai tapak politik. Umno yang diharamkan pada 4 Februari 1988 menyebabkan kedua kem berkenaan berebut untuk warisi Umno yang asal. Dr Mahathir segera menubuhkan Umno Baru sepuluh hari selepas pengharaman. Tungku Razaliegh pula mendirikan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) sebagai bayangan kepada Umno lama. Keduanya berorentasi parti bangsa Melayu.

Nasi beriani bertanak-tanak

Ternyata Dr Mahathir lebih cekap. Dengan jenama "Umno Baru", lebih 50 peratus keanggotaan ahli Umno asal dapat didaftarkan semula. Jumlah tersebut membolehkan Umno Baru mendapat hak ke atas semua aset, harta dan kewangan Umno asal. Perkataan “Baru” juga akhirnya berjaya digugurkan.


Ketika Umno di Johor terbelah dua dan krisis berpanjangan, seorang lagi tokoh muda Johor waktu itu, Muhyiddin Yassin memainkan peranan besar. Beliau baru tiga tahun menjadi MB Johor.

Di tengah-tengah perpecahan dan kekeliruan, Muhyiddin (gambar) menganjurkan Perhimpunan Melayu Johor pada 11 Disember 1989. Pada umur 13 tahun, bapa turut mengusung saya ke bandar Maharani, Muar untuk bersama dalam “Perhimpunan Melayu Johor: Kesinambungan Perjuangan Bermartabat”. Di meja-meja makan, dihidang nasi beriani bertanak-tanak banyaknya.

Di pentas, turut berpidato adalah mantan PM ke-3, Hussein Onn. Dia menyeru orang Melayu kembali bersatu. Di situ juga Usman Awang mendeklamasikan puisi “Melayu” yang saya petik di atas tadi.

Sejak perhimpunan berkenaan, Semangat 46 makin lemah. Ibarat terkena semburan berpuaka.

Parti itu juga tidak lagi dilihat sebagai wadah yang boleh diharap oleh orang Melayu walaupun kempennya pernah begitu agresif pada pilihan raya umum 1990. Semangat 46 pelan-pelan terpandang hanya sebagai “parti Tunku Razaleigh” dan para pengikutnya yang berhati hampa ketika berhadapan dengan kubu Dr Mahathir.

Sejarah membuktikan Tengku Razaleigh dan agennya di Johor iaitu Musa dan Shahrir, kalah dalam pertarungan dengan tim A, baik di Johor mahupun dalam skala nasional. Tidak hairanlah, Dr Mahathir sampai hari ini masih sangat popular di serata pelosok Johor.

Gelora penghujung 80-an sehingga pertengahan 90-an itu adalah gejolak yang memunculkan penentangan secara nyata. Geloranya juga terasa lebih besar ketimbang pilihan raya kecil parlimen Batu Pahat pada Disember 1957 di mana pendiri Umno yang mewakili Parti Negara, Onn Jaafar ditentang calon Umno-Perikatan, Syed Esa Alwee. Persaingan sengit menyaksikan Onn kecundang dengan majoriti lebih 6500 undi.

Batu Pahat sudah sebati dengan Umno. Usaha menewaskan Umno Batu Pahat memang bukan mudah. Onn sendiri sebagai mantan pegawai daerah Batu Pahat pun gagal untuk menelan kembali Umno yang dia juga tubuhkan pada 1946.

Bukan lagi Umno Datuk Onn

Hari ini kita hanya boleh membayangkan bagaimana takutnya Tunku Abdul Rahman yang mengambil alih Umno dari Onn. Seratus biji kereta dikerah mengangkat pengundi bagi memastikan Onn tumpas di kampung halaman dan negerinya sendiri. Onn perlu dihina sehabis-habisnya.

Seraya tiba PRU ke-13 lalu, Parlimen Batu Pahat yang menjadi tapak psikologi dan moral Umno Johor berjaya digamit PKR. Faktor calon yang diletakkan PKR iaitu orang lama Angkatan Belia Islam (ABIM), Idris Juzi memberi isyarat luar biasa di mana orang Batu Pahat yang pernah bersama mendirikan Umno, kini orang Batu Pahat jualah yang telah memulakan langkah untuk menghabisi parti itu.

Kemenangan di Batu Pahat juga adalah batu tanda kepada kebangkitan sepenuhnya rakyat Johor yang mahu membuka lembaran baru politik tanah air. Tanpa kemenangan keseluruhannya di Johor, politik Malaysia amnya tidak akan dapat berubah banyak.


Dalam waktu sama, Johor sudah tentu tidak mahu tercicir dan ketinggalan ketika Melayu khususnya di negeri-negeri lain di Semenanjung tampak sudah mengorak langkah meninggalkan Umno-BN. Senario di Lembah Klang, misalnya, menjadi kayu ukur dan cerminan kepada rakyat Johor bahawa reformasi juga akan membawa berkat dan manfaat kepada rakyat dan negeri.

Perubahan juga memungkinkan dapat dikembalikan kuasa kepada rakyat; kuasa yang di dekad-dekad akhir ini dibolot golongan elit pemerintah. Apabila kuasa yang diambil daripada elit itu dapat dipulangkan ke pundak rakyat, dengan sendirinya ketidakadilan, penindasan dan korupsi yang kian membuncit dapat terhindar.

Perasaan ingin berubah semakin kuat apabila rakyat menyaksikan kepincangan kepimpinan Putrajaya yang lepas satu, satu sehingga seolah-olah tanpa tapal batas. Orang Johor juga mulai terfikir bagaimana anak watan mereka dipancung secara politik seorang demi seorang.

Mula-mula Onn. Selepas itu Musa. Baru kelmarin Muhyiddin pula disingkirkan begitu sahaja daripada jawatan kedua tertinggi apabila hanya kerana dia mempersoal hutang besar 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak.

Pemecatan Muhyiddin mungkin tidak banyak beri kesan kepada jalan politiknya seorang Muhyiddin. Pemecatan Muhyiddin telah lebih membuatkan watan Johor kembali berfikir, apakah bentuk politik yang mahu mereka karang dan gubah mulai detik ini demi masa depan nusa dan bangsa?

Sesiapa pun yang ada Putrajaya kalau tetap dari parti yang sama, bukan lagi harapan. Melayu Johor sendiri diam-diam mulai menginsafi bahawa Umno semasa bukan lagi Umno Datuk Onn yang mereka kenal. Umno hari ini adalah Umno yang tidak lagi demokratik. Nama “Melayu” hanyalah barang jualan politik murahan.

Harapan pada kereta usang

Kata-kata pemimpin sudah jadi wahyu. Perlakuan pemimpin Umno yang bobrok itu pula hanya menjadi teladan buruk kepada generasi muda. Rasuah bagaimana besar sekalipun adalah halal apabila dilakukan atas nama parti dan bangsa.

Melayu tidak sebangsat itu. Terus bergantung harap kepada Umno ibarat bergantung harap kepada kereta usang. Ketika ini, Umno tidak boleh lagi dipersalahkan kerana kereta ia sememangnya kereta lama berkuasa kuda 1.3 sahaja. Terus bergantung harap kepada Umno bukan masalah Umno. Kalau orang Melayu terus bergantung harap kepada Umno, itu adalah salah dan masalah orang Melayu itu sendiri.

Saya yakin Melayu Johor sedar sangat perkara ini. Hanya yang menjadi persoalan, apakah wadah atau parti yang boleh disandarkan harapan dan nasib mereka kalau bukan Umno-BN?

Bagi saya, Onn sudah pun menunjukkan wajah parti masa depan itu lama dahulu ketika beliau meninggalkan Umno. Ketika beliau endirikan sebuah parti berbilang kaum.

Parti berbilang kaum yang ditunjukkan oleh Onn harus pula tetap menjadikan Melayu sebagai terasnya. Parti berbilang kaum tanpa majoriti Melayu tidak akan diterima orang Melayu kerana ia tidak mewakili realiti geopolitik Malaysia. Tidak ada gunakan sebuah parti yang mendakwa sebagai berbilang kaum, tetapi dengan kaum minoriti menguasai sehingga 90 peratus keanggotaan dan jawatan tertinggi.

Kegagalan memahami realiti inilah yang membuatkan banyak parti gagal untuk menggantikan Umno. Terutama apabila tidak menarima kenyataan Johor adalah sebuah negeri tradisionalis yang berjaya. Parti yang membawa roh “kaum muda”, walaupun bercorak agama, juga terbukti tidak diterima di Johor.

Bagi orang Johor, Johor bukan sahaja Arab Saudi, bukan India dan Pakistan. Johor juga bukan Aceh. Meskipun sebagai negeri tradisionalis, payah pula orang mahu menafikan bahawa pendidikan agama di Johor telah berjalan dengan baik. Tidak menjadi masalah untuk anak Johor selepas Isyak berlatih ghazal pula.

Hal ini sekali gus menjadi tamparan kepada kaum muda yang mahu membawa perubahan kepada corak dan wajah agama orang Melayu apabila di tempat atau negeri lain, belum tentu sistem pendidikannya sesistematik dan sebaik Johor.

Kekuatan Islam di Johor adalah apabila agama orang Melayu itu dapat bersekali larut dengan aspek kebudayaan dan tradisi. Bahkan Islam tidak pernah menjadi musuh pembangunan. Melayu Johor dengan jelas dapat memisahkan antara Islam dengan budaya Arab, tanpa dalam masa sama tidak perlu pula memusuhi bangsa Arab.

Melayu punya budayanya sendiri. Tidak menerima budaya Arab bukan bererti memusuhi bangsa Arab. Bahkan ramai sekali orang Arab yang menjadi saudagar besar baik di Singapura mahupun Johor.

Pihak yang mahu membawa Islam yang melekat bersekali dengan nuansa Timur Tengah, India dan Pakistan misalnya tidak akan mendapat tempat di Johor. Begitu juga parti yang dengan panji-panji Islam yang asing daripada Islam yang sudah ratusan tahun bertapak di Johor, juga sukar diterima.

Islam sederhana

Oleh kerana Islam di Johor adalah tradisionalis, maka ia menjadi sangat sederhana. Sudah terbukti ia sesesuai sekali dengan jiwa Johor itu sendiri.

Dalam penilaian inilah, Johor sedang menentukan politik barunya. Baru dari sudut kepartian, tetapi bukan kebudayaan. Baru dari sudut tekad menolak kejahatan, kezaliman dan penindasan, tetapi bukan menjadi keliru sehingga tak kenal akar bangsa.

Saya yakin, orang Johor tidak akan mudah-mudah termakan umpan apapun di saat mereka juga tahu bahawa parti tua yang sekian lama memerintah negeri dan negara ini sedang di ambang hujung kuasa. Tiada gunanya menyalakan api pada pelita yang sudah kering minyaknya.

Gelora dan pusaran di dalam hati orang Johor dapat saya rasa. Ia lebih hebat daripada saat yang paling getir ketika gelombang politik pasang tinggi pada penghujung 80-an dulu sekalipun.

Seperti sejarahnya Johor, watan Johor akan bertindak dengan kekuatannya sendiri. Tanpa mengharap dibantu. Terutama dari luar. Hanya kala mana rakyat Johor sedia berubah, maka perubahan di peringkat kebangsaan akan menjadi lengkap dan benar-benar bererti. Pada ketika itu, kepada Allah berserah selepas segala ikhtiar telah kita gubah.








HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalantelawi.



KOMEN


PERINGATAN
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.