Warna aura lambang karakter, peribadi anda
Oleh Dr Noordin Darus
mailto:Darusdnd@worldwellness.com.mySaya dikelasifikasi warna
HIJAU
Merah
Mengungkapkan aktiviti hidup dan melambangkan kemahuan atau kehendak yang sangat mendalam. Orang yang mempunyai aura merah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang ke hadapan, tidak sensitif dan ego, pemimpin, suka mengkritik, mudah rasa tidak aman dan sentiasa fikir bahawa dia adalah benar. Ia turut melambangkan seorang itu suka bersaing, berani bertindak, tekad dan juga panjang akal.
Kebaikan mempunyai aura merah ialah mereka berupaya menjadi pemimpin dan mempunyai fokus yang jelas bagi mencapai tujuan. Keburukan mempunyai aura merah adalah sukar bekerja dengan orang lain kecuali jika masing-masing mendapatkan apa diinginkan. Mereka ini suka bertengkar, ego dan kurang sensitif.
Jingga
Mengungkapkan kehangatan. Orang yang mempunyai aura berwarna jingga sukakan kesenangan duniawi, tentangan, berkhayal, membantu orang lain, menyendiri dan tidak suka di kawal atau di kongkong. Kebaikan mempunyai aura jingga adalah mereka dikategorikan sebagai mempunyai akal yang panjang dan kreatif. Selain itu mereka amat berani dan mempunyai kebolehan mengetahui siapa lawan dan siapa kawan.
Keburukan mempunyai aura berwarna jingga adalah terlalu mementingkan diri sendiri. Lazimnya mereka kurang suka hidup berkeluarga dan lebih gemar bersendirian. Kuning Mengungkapkan intelektual.
Kuning
Orang yang mempunyai aura kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko, seorang yang peka dan penuh prihatin, setia dan sukakan kebebasan. Kebaikan mempunyai aura kuning adalah mereka suka bersukan, sangat prihatin dengan penampilan diri dan mementingkan kesihatan yang baik. Keburukan mempunyai aura kuning adalah mereka agak pemalu sekiranya berada di kalangan orang yang tidak dikenali. Selain itu, mereka adalah orang yang suka memberontak dan tidak mudah berkongsi perasaan sedih dan juga masalah dengan orang lain.
Hijau
Mengungkapkan kesegaran dan ketenangan. Mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Tetapi keburukannya adalah orang ini tidak sabar terutama ketika mendengar keluhan atau masalah orang lain. Keburukan mempunyai aura berwarna hijau ialah mereka ini terlalu agresif dan berpandangan bahawa semua orang harus bersetuju dengan pandangannya. Tidak cenderung untuk mengakui sesuatu kesalahan yang telah dibuat.
Kebaikan mempunyai aura hijau pula mereka mempunyai keperibadian yang kuat dan jarang ada orang yang boleh lawan berdebat dengan mereka.
Biru
Mengungkapkan kesetiaan. Seseorang yang mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Cenderung mengubah diri sendiri jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Seorang yang sensitif dan mempunyai naluri yang sangat kuat. dia dapat merasakan jika sesuatu akan terjadi. Kebaikan mempunyai aura berwarna biru mereka mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain. Mereka ini juga mempunyai ramai kawan kerana mereka mudah disenangi oleh orang lain.
Keburukan mempunyai aura berwarna biru adalah mereka terlalu dramatis apabila ia berkaitan dengan soal cinta dan pandai memanipulasikan orang lain.
Indigo
Mengungkapkan sifat bijak yang amat mendalam. Seorang yang halus dan lemah. Mempunyai kulit putih dan pucat dan tidak suka keluar rumah. Mempunyai sifat keanak-anakan dan mempunyai perasaan yang peka. Kurang bertanggungjawab dan suka mengagungkan dan membanggakan diri sendiri. Kebaikan mempunyai aura berwarna indigo adalah mereka mempunyai kekuatan mental yang sangat mendalam.
Keburukannya mereka kurang pandai berkomunikasi dan suka menyendiri. Ungu Mengungkapkan spiritual atau kerohanian yang mendalam. Seorang yang dinamis dan berkarisma, mempunyai perasaan penuh kasih sayang dan mudah simpati. Selain itu, meminati muzik dan boleh dijadikan sahabat yang baik.