Thursday, October 1, 2009

Ziarah-Kubur

Adakah boleh menziarahi kuburan pada hari raya

Soalan :

Ramai di kalangan muslim yang berebut untuk ke kuburan sebaik sahaja selesai solat sunat Eidulfitri. Apa pandangan islam mengenai ziarah tersebut?



Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam atas Junjungan Besar Rasulullah Sallahua’alaihiwasallam..

Ziarah kubur pada asalnya adalah sunnah nabi kerana ia mengingatkan manusia mengingati hari akhirat. Di dalam riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah menceritakan : Bahawa Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwasallam melawat kubur ibunya, lalu menitiskan air mata dan orang berada disekelilingnya menangis. Kemudian baginda bersabda : ”Aku memohon keizinan kepada Tuhanku agar diampuni dosanya, tetapi tidak mengizinkan. Maka aku memohon izin agar dapat aku melawat kuburan, maka diizinkan. Maka itu, ziarahilah kuburan, sesungguhnya ia boleh mengingatkan kepada kamu kepada kematian”.

Manakala, didalam riwayat Ibn Majah pula dengan sanad yang sahih, Nabi bersabda ”Aku dahulu menyuruh umatku menziarahi kubur. Maka, sekarang ziarahilah, sesungguhnya ia dapat menjadikan engkau zuhud di dunia dan mengingatkan mu tentang hari akhirat”.

Menziarahi kubur tidak terhad kepada masa-masa yang tertentu walaupun ada sebahagian ulama yang pernah menyatakan pahala yang lebih besar menziarahi kuburan pada hari tertentu seperti hari khamis dan jumaat. Oleh itu, walaupun dalilnya tidak kuat, disini kita dapat tahu bahawa ziarah manusia itu perlu apabila ia masih lagi memberikan pengajaran dan peringatan terhadap kita.

No comments: