Thursday, March 24, 2011

Rumah di Taman Dagang Permai tak siap ubah suai

Dah hampir masuk bulan ke 6 - pengubahsuaian dijalankan ke atas rumah baru di Taman Dagang Permai, Ampang...dah jadi anti-klimiks pulak..ingatkan boleh masuk pada atau sebelum Tahun Baru Cina..ni dah menjangkau ke bulan April..rasanya hujung bulan ni boleh pindah masuk barang dan pertengahan bulan April 2011 boleh masuk..isyallah

25/3/2011

Ryan 1st Assessment Result

Keputusan ujian penilaian pertengahan semester 1 untuk anak ku - Ryan telah keluar.  Semasa peperiksaan dijalankan, beberapa kali ku lihat,  Ryan termenung memikirkan beberapa soalan yang tidak dapat dijawab. Ryan mempunyai masalah memahami Bahasa Melayu.  Tahun ni Sain dan Matematik telah mengunakan Bahasa Melayu sepenuhnya..ingatkan masih dwibahasa.  Ryan telah mencuba menguasi Bahasa Melyu dengan segera tetapi pengaruh bahawa Inggeris amat kuat dalam dirinya..

Apabila keputusan keluar amat memeranjatkan - Bahasa Inggeris seperti dijangkan - markah penuh- manakala Sain dan matematik melebihi 90% hanya Bahasa Malaysia 88%.  Cubaan yang bagus anak ku..Daddy sayang Ryan..cuba lagi dan cubaan pertama mengajar bagaimana persedian yang betul dibuat, bagi peperiksaan akhir semester 1 akan datang.

25/3/2011

Thursday, March 10, 2011

Assessment Week 11/3/2011

Zoey telah selesai minggu "Assessment" bagi pertengahan penggal 2 darjah 4 bagi tahun akademik 2010/2011 - alhamdullilah kesemuanya dilalui dengan jaya dan mendapat markah yang amat baik. Purata 23/25. Tahniah Zoey.

Ryan masih lagi dalam minggu "assessment" kesian dia semalam bagi subjek Sain - kertas soalan adalah dalam Bahasa Malaysia.  Banyak perkataan Ryan tidak tahu maknanya dalam bahasa Inggeris contohnya tengahari, malam ini, manusia? ...Bagi subjek matematik juga Ryan menghadapi masalah dengan bahasa Melayu.  Aku berdua anak yang kusayangi ini dapat menguasai bahasa Melayu dengan cepat untuk mengelakkan masalah semasa peperiksaan semester 1 akan datang.  Daddy sayan Ryan dan Zoey...

Lawatan ke I-City

I-City telah wujud semenjak kami menetap di Bukit Jelutong Shah Alam tetapi tidak tergerak hati nak ke tempat tu. Sekarang dan mnenetap di Ampang, digahkan juga ke tempat tersebut semasa dalam perjalana balik daripada makan makanan laut di Muara, Pelabuhan Utara, Klang.