Thursday, March 24, 2011

Ryan 1st Assessment Result

Keputusan ujian penilaian pertengahan semester 1 untuk anak ku - Ryan telah keluar.  Semasa peperiksaan dijalankan, beberapa kali ku lihat,  Ryan termenung memikirkan beberapa soalan yang tidak dapat dijawab. Ryan mempunyai masalah memahami Bahasa Melayu.  Tahun ni Sain dan Matematik telah mengunakan Bahasa Melayu sepenuhnya..ingatkan masih dwibahasa.  Ryan telah mencuba menguasi Bahasa Melyu dengan segera tetapi pengaruh bahawa Inggeris amat kuat dalam dirinya..

Apabila keputusan keluar amat memeranjatkan - Bahasa Inggeris seperti dijangkan - markah penuh- manakala Sain dan matematik melebihi 90% hanya Bahasa Malaysia 88%.  Cubaan yang bagus anak ku..Daddy sayang Ryan..cuba lagi dan cubaan pertama mengajar bagaimana persedian yang betul dibuat, bagi peperiksaan akhir semester 1 akan datang.

25/3/2011

1 comment: