Wednesday, May 28, 2008

Anak Boboi & Matun

Keadaan anak Boboi & Matun

Anak - Baby Boy. Dilahirkan pada sabtu, 17/5/2008 jam bersamaan 11 Jamadilawal 1429 lebih kurang pukul 10.00 am -11.00 am.

Keadaan dilahirkan -berat 1.15 kg, panjang 37cm. Paru-paru belum berfungsi, dimasukkan ke wad ICU kanak-kanak, sokongan pernafasan secara terus dengan tangki oksigen, di bawah pengawasan para-medik 24 jam dari saat dikeluarkan dpd perut Matun hingga kini jam 7.55 pm 29/5/2008.

Nama yang didaftarkan - Faris Daniel Bin Md Fairul

Nama dipilih oleh Matun sendiri.

Dilahirkan secara cesearean - 28 minggu dalam kandungan [baby matang 37-40 minggu]; disebabkan komplikasi kesihatan Matun yang kritikal - air dalam paru-paru, komplikasi buah pinggang, darah tinggi & kandungan gula dalam darah tinggi.

Semasa dilahirkan sehingga 10 hari tiada boleh menerima susu kerana perut dan sistem penghadaman belum matang.

Daniel boleh menerima susu pada hari ke 10 - ada peningkatan keadaan perut dan penghadaman Danny;

Pernafasan melalui saluran oksigen secara terus telah dikurang-kurangkan secara beransur-ansur [dpd 20ml/per minute kepada 5ml per minute]

Para medik secara berkala mencabut saluran oksigen bagi membolehkan Danny bernafas secara normal;

Keadaan jaundice/kuning datang semula - on off;

kencing dan berak adalah normal;

Berat 1.15kg semasa lahir mengalami sedikit penurunan [ keadaan biasa bagi baby pra matang]

Sedang mengalami jangkitan kuman dan sekarang dikaurantinkan [kemungkinan datangnya daripada Boboi semasa melawat dan menyentuhnya Danny {Boboi hanya basuh tanggan tetapi tidak menukar baju ketika lawatan; kebanyakan masa Boboi datang daripada ICU orang dewasa selepas melawat Matun -kuman banyak dan kemunkinan kuman itu mengena kepada Danny ketika disentuh]

No comments: