Tuesday, June 3, 2008

Keadaan Kesihatan Matun & Baby terkini

Dear Family Bloger

Daripada laporan Boboi - sehingga 7.30 pm 3/6/2008, Dr telah membatalkan untuk mencabut corong oksigen dpd mulut Matun disebabkan keadaan friction jantung masih lemah iaitu 35% sahaja. Dr tidak berani memgambil resiko dan memutuskan untuk membuat dalysis tambahan sehingga air dalam paru-paru dapat dikeluar/dikeringkan. Jika tidak, keadaan kepayahan pernafasan akan menyebabkan jantung akan berkerja lebih keras, yang ini membahayakan nyawa Matun yang mana jantungnya masih lemah.

Dimaklumkan oleh Boboi, keadaan badan Matun bertambah pejal dibandingkan seminggu yang lepas [kandungan air telah dikeluarkan dgan cara dalysis]

Baby Danial telah dicabut saluran oksigen dan dibiarkan bernafas secara biasa tetapi masih lagi dlam ICU. Suhu badan masih lagi dikawal melalui alat tambahan dan saluran yang masih ada dibadan baby Danial hanyalah saluran susu dan saluran masukkan antiboitik/ubat masih terlekat dibadannya. Walau bagaimanapun baby Danial masih dikaurantinkan memandangkan kuman yang terkena kepadanya masih lagi belum dapat dinyahkan daripada darah sepenuhnya.

Baby Danieal masih belum diletakkan dlm inkubater kerasa setakat ini tiada inkubater yang kosong. Seorang jururawat menawarkan susu ibu kepada baby Daniel dan sekarang Baby Daniel mempunya Ibu susuan.

No comments: